Monday, December 24, 2012 | 12:51 AM | 0 comments
4 Disember 2012,
kitorang berkumpul dekat sekolah pukul 8.30 tapi bertolak pukul 9 lebih. bagus betul dorang tu. aku pergi sekolah dengan atiqah jalan kaki. serius kitorang rasa macam orang nak lari dari rumah. haha. yang pergi lebih separuh kelas la. alaaa, kelas aku pun seramai 36 je. so aku dapat duduk 2 seat. tamak kan aku? tapi dalam bas tu aku asyik tukar tukar tempat duduk je sebab bosan gila :p time on the way pergi PD tu, bas tu berhenti dekat satu perhentian ni. so aku dengan kawan lain turun beli makanan sikit. aku beli rumpai laut goreng. sedap!! haniza dengan daniel tak suka seewed tu. haha. pelik gila dorang tu.
perjalanan nak pergi PD tu makan masa 2 jam. sampai dekat sana, first thing kena buat adalah tengok swimming pool dia. swimming pool dia tak ada la besar mana. *pasrah* haha. tapi boleh la. so kitorang tempah 2 apartment bawah, 1 apartment atas. so aku dapat duduk apartment atas. apartment atas lagi besar kot. hihi. so kitorang dapat bilik masing masing. aku tidur dengan linati. kitorang dua penakut sikit. mandi pun tak tutup pintu. alaaa, watlek sudah, kitorang sama sama perempuan. haha. kitorang siap rapatkan katil lagi :) so time tengah hari tu aku dengan linati mandi swimming pool. senaman pun tak. kitorang main terjun je. last last ambil kau, kaki aku cramp tiba tiba. haha.
petang tu kitorang makan dan main indoor games dekat apartment lelaki. kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. aku kumpulan dengan meisha, adila, anis dan khuzaimah. kumpulan kitorang terlebih ahli kumpulan. hihi. malam tu kitorang makan spagetti yang amy bawa. dorang semua terkejut pinggan yang aku bawa kecil sangat. haha. so time dekat sana aku asyik dengan linati je :) time tengah makan malam tu linati bagitahu aku sesuatu. dia kata muhammad suka aku. aku pun macam tak percaya. dia kata ramai dah tahu. japp, asal aku tak tahu -.-" ?!! haha. well, memang tak percaya pun. dia tu suka main main je. dia kan dengan adila. ehem ehem. haha.
![]() |
with linati :) |
lepas makan tu tetiba pula dorang boleh buka cerita hantu. aku dengan linati terus blaa dari situ. haha. malam tu kitorang main mainan yang azreena bawa. best gila! azreena ada bagi aku satu mainan tu. hihi. thank you azreena :D ! mainan tu still ada lagi dengan aku. sayang kot nak main, takut rosak. kucing aku suka dengan mainan tu. time aku main benda tu mesti dia ada. bila aku dah taknak main benda tu, dia mesti meoww. serius comel tahap melampau :P malam tu aku dengan linati agak susah nak tidur, so aku pun buka lagu. dah la dengan tak tutup lampu. linati langsung tak tidur malam tu. serius kesian gila. bila dah pagi baru dia boleh tidur. hoho.
![]() |
ni la mainan yang aku cakap tu. benda ni terbang sebenarnya. serius lawa gila :) |
5 Disember 2012 - To be Continue -
Lots Of Love ♥,

0 Comments available :
Post a Comment