Friday, May 25, 2012 | 9:07 PM | 0 comments
assalamualaikum semua. semalam kan sekolah aku ada buat Hari Guru. disebabkan aku kena bayar duit senior page dekat intan, so terpaksa datang. anyway, aku ingatkan sambutan Hari Guru tahun ni macam tak best. tapi rupa rupanya boleh tahan la juga. oleh kerana pagi semalam hujan terpaksa buat dekat dewan alamanda. muat agaknya. perempuan la banyak conquer tempat tu. haha. so aku dapat duduk dekat depan depan. seronok la juga first time duduk depan :p mula mula ada perasmian benda tu dorang buat gimik sikit. kemain tau. then ada satu kotak besar ni ada budak form 1dalam tu. kecil gila dia. dia keluar dari dalam kotak tu.haha. then mulanya persembahan.
mula mula ada persembahan zapin. kay serius berterabur dorang menari. boleh pula ada yang lupa step. sangat awesome . lepas tu dorang pergi berhenti menari walaupun muzik tengah pasang lagi.haha. bengong betul. then persembahan koir, teater, drama plus nyanyian ,nasyid, persembahan guru practical, kompang farmasi. persembahan teater sangat best :) anyway, semalam aku ajak alya pergi cari syari sebab nak bagi birthday present dia. nasib baik dia suka. tapi lepas tu budak budak persona dekat situ tangkap gambar. serius aku rasa macam aku ni tunggul je dekat situ. bila aku dah nak pergi baru syari panggil aku nak tangkap gambar dengan aku and bear yang aku bagi dia. haih.
taktahu la kenapa dengan aku semalam. aku rasa macam takde siapa hiraukan aku. takpe takpe, terima kasih la ye. aku memang suka korang buat macam ni :') alya pun tinggalkan aku semalam. nasib baik ada kak long and zetty. so aku ikut dorang pergi jumpa cikgu and bagi hadiah. tapi tu pun aku rasa macam kekok sikit. sebab cikgu dorang lain, cikgu aku pula lain. tapi aku ada juga jumpa cikgu kelas aku. and and aku jumpa 'mak sabah' aku tu. haha. tak sangka dia datang. so ada juga la tangkap gambar dengan cikgu tu. aku ada juga minta cikgu doakan untuk subject chemistry. yelaaa, aku tak boleh score kimia. rasa nak menangis je time cakap dengan cikgu tu. so cikgu suruh banyakkan buat latihan past year.okay terima kasih cikgu :')
terima kasih guruku :)
Lots Of Love ♥ ,
0 Comments available :
Post a Comment