Wanny Zawani ♥

Follow|Home
Tuesday, June 24, 2014 | 9:44 AM | 0 comments
Assalamualaikum...

entah kenapa mood aku nak update blog ni malam malam. haha. well ni jela masa yang aku ada untuk update blog, memandangkan aku tengah berkerja sekarang ni. dekat mana? toksah tau la. sibuk je. eceh. btw i just want to say something.....

a few days ago, mungkin aku ada sakitkan hati sesiapa. im so sorry sebab ada libatkan somebody else dalam masalah ni. hanya beberapa orang je tahu pasal ni. anyway, aku bukan nak cakap pasal tu. aku just nak cakap, buat masa sekarang aim aku untuk sambung belajar. jadi orang yang berjaya dunia akhirat. dapat capai cita-cita aku nak jadi seorang engineer dengan pangkat IR. InsyaAllah amin :) pasal cintan cintun ni, serius aku serik. takut bercinta? probably. bila usia makin meningkatkan, pemikiran pun makin matang. selalu juga fikir, banyak keburukan dari kebaikan dalam percintaan ni. maksiat? urmmm mestilah ada. aku dalam proses ke arah yang lebih baik, aku harap dapat berubah. doakan aku ye :) ?

biarlah jodoh tu datang sendiri. andai satu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk terima someone dalam hidup aku, aku redha. tapi aku harap itu jodoh terakhir aku dan boleh bawa sampai ke perkahwinan. eceh. hahaha. nak kata ceq gatai lerr tuuu. tapi apa pun, aku nak capai target pertama aku iaitu belajar sampai tahap master. insyaAllah. bukan apa, dunia sekarang ni susah sangat nak dapat kerja yang bagus. takut nanti lepas graduate, aku jadi tukang tanam anggur. takmo la macam tu. cemana aku nak balas jasa parents, siblings aku nanti. nak juga bantu dorang sikit sikit.

aku harap suatu hari nanti, aku dapat capai apa yang aku impikan selama ni sebab terlalu banyak kekurangan dalam kehidupan aku dan aku rasa bertanggungjawab untuk perbaiki semua ini. doakan aku ye kalian :')


Lots Of Love ♥,